Thursday 26 January 2012

Alhamdulillah dengan kebesaran Allah

Sekarang ana sudah tubuhkan madrasah untuk pelajar lelaki iaitu Tahfiz Integrasi Ibnu Soleh dibwh Madrasah Ibnu Soleh dan madrasah untuk pelajar perempuan iaitu Madrasah Khairiah Lil-Banat di Madrasah Ibnu Soleh,Kampung Sempadan Dalam,28500 Lanchang,Pahang.Alhamdulillah masih ada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka dan diri mereka dekat dengan Allah dan mencari Ilmu Akhirat, pelajar -pelajar Tahfiz ditempat ana diberikan bimbingan bagaimana untuk dapatkan rasa takut kepada Allah,bagaimana untuk dapatkan solat yang khusyuk,mendalami isi kandungan ayat-ayat al-quran yang dihafalnya dan sebagainya.Alangkah ruginya wahai Tuan/Puan sekiranya anak anda tidak diberikan pendidikan seperti ini.Bimbinglah keluargamu serta anak isterimu ke jalan yang benar.
  • Tidakkah kita takut bahawa kiamat sudah dekat??
  •  Adakah kita rasa layak diri kita untuk bertemu dengan kematian ????
  •  Adakah amalan hidup kita semasa didunia ini sudah mencukupi untuk bawa ke Akhirat...??
  • Tidakkah Tuan/Puan merasa bahawa terdapat tanda-tanda Kiamat sekarang???
  • Adakah tanah akan terima kita sewaktu kita mati nanti??
  • Adakah kita tergolong bersama-sama para Nabi & Anbia' ??
Oleh itu,Tuan/Puan...hayatilah hidup kita,hidup ini hanya sementara sahaja untuk Allah menguji para hambanya untuk memilih kehidupan yang abadi di Akhirat kelak..Hendakkah kita masuk ke dalam neraka Allah? Betapa pedihnya azab Allah untuk orang-orang yang tidak beriman kepada Allah.Pintalah hidayah Allah,hidayah tidak akan dapat melainkan orang-orang tertentu yang Allah ingin berikan,moga-moga kita semua tergolong dalam syurga firdaus.Wallahualam

1 comment:

  1. Assalamualaikum..asif bertanya..saya berminat nak masuk maahad niew untuk belajar agama time sy hujung minggu..boleh ke?sy berharap sangat2 dpat belajar agama..sbb sy bru dlam proses 'berhijrah'..hrap dpat membantu..

    ReplyDelete